HOME





MENGAPA WAJIB ADA BLOG,SEDANGKAN SUDAH ADA FACEBOOK,TWITTER DAN SEBAGAINYA???

WAJIB ADA!

Ini kerana  penguna blog tetap relevan sepanjang masa malahan sepanjang Tahun.Berbanding dengan facebook & Twitter,suatu masa tidak akan releven lagi penggunaannya pada masa akan datang.

Antara sebab lain ialah blog yang akan menyokong semua info yang ada dalam laman web. Blog jugalah tempat untuk membuktikan segala-galanya. Segala bukti, testimonial dan juga proof dapat ditunjukkan dengan TELUS tanpa sebarang prejudis. Laman web adalah satu platform untuk menunjukkan kredibiliti diri/syarikat sendiri. Dan blog pula adalah platform yang akan membenarkan semua yang di katakan di laman web.

Blog juga merupakan satu medium atau cara yang murah untuk membawa nama sesuatu syarikat menjadi perhatian ramai.Bisnes yang kecil menggunakan blog untuk menerangkan ciri-ciri produk yang hendak dipromosikan, menjual dan untuk melakukan perbandingan di antara sesuatu produk.Ini seterusnya dapat mengurangkan keseluruhan belanjawan dan memberi hasil yang lebih baik di mana ia menyediakan skop untuk para pembaca atau memberi maklum balas.

Dengan perkhidmatan pelanggan yang baik dan produk yang berkualiti tinggi,blog membolehkan untuk membina kepercayaan pelanggan dan konfiden kepada syarikat.Ia melambangkan atau menggambarkan kredibiliti pemilik blog tersebut sebagai seorang yang mahir dan menjaga reputasi syarikat,membolehkan pelanggan merasa selesa dan bebas untuk bergantung dan berharap.

Mengikut kajian,mereka yang memaparkan blog atau mengunjunginya mendapat pengalaman yang mengejutkan, melepasakan penat lelah mereka dan mengurangkan tahap stres mereka.blogging memberi idea yang baru dan meningkatkan kecekapan dalam pemahaman.Ia memberikan perspektif yang berbeza bagi sesuatu idea,dan dengan cara ini dapat meluaskan apa yang disebut 'social spectrum'

Jadi sekarang nampak tak di mana relevannya laman web dan juga blog?
p/s: pernah bertanya dalam hati mengapa AirAsia pun ada mempunyai blog sendiri? Hehe

 
 

No comments: